dOa RingkAs sElepAs sOLat

Assalam....seterusnya, saye nak kongsi cikit doa ringkas selepas solat...doa selepas solat ni juga merupakan salah satu adab2 selepas menunaikan solat selain berzikir n membaca al-Quran..Indah rasenye bile kite makin dekatkan diri dengan-Nya Yang Maha Kuasa..


credit to:doa harian

tAat aKan kEduA ibU bapAnyA..

Assalamualaikum w.b.t....da lme rasenye tak menconteng kat cni...kesibukan yang melanda diri ini..tpi aku bersyukur ke hadratmu Ya Allah...jOm kite sme2 tenung n renung dalam diri,adakah kite ni taat n menghormati kedua orang tua kite ek??...renung2kan..Sekian....(^_^)



credit to: pacik google...

jOm jaGe auRat kIteR!!!(^_^)

aDab mendiRikAn sOlat

Assalamualaikum sahabat sekalian...solat wajib ke atas umat Islam..kita mendirikan solat supaya mendapat keberkatan dan pahala dri Allah s.w.t...barangsiapa yg meninggalkan solat,akan mendapat azab dariNya...nauzubillah.oleh itu mari kta sama-sama mendirikan solat dengan sempurna supaya segala amalan kita lebih diredhai oleh Nya..amiin..

aDab bErsUgi

Assalamualaikum sahabat sekalian...kat sini sye nk berkongsi plak adab2 bersugi atau gosok gigi...
1st- Kita bersugi mestilah berniat untuk kebersihan diri dan keredhaan Allah s.w.t.
2nd- Baca Bismillah dan Selawat kepada Nabi junjungan kita..
3rd- Basuh berus gigi @ kayu sugi sebelum dan selepas digunakan. 

Ada juga perkara yg jgn kita amlkan semasa bersugi antaranya:-
~Baring semasa bersugi.

~Diletak melintang/berbaring.

~Guna kedua-dua hujung berus.

~Bersugi/simpan kayu sugi di dalam tandas.

Antara masa yg sesuai untuk kita bersugi adalah:-
~Sebelum tidur.

~Sebelum solat(amat digalakkan).

~Sebelum dan selepas makan.

~Semasa bermusafir.

~Semasa membaca AL-QURAN.

~Bila mulut berbau.

~Zikrullah.

~Sebelum menghadiri perjumpaan.




aDab beRkaWaN

Assalamualaikum w.b.t..hai sahabat2 skalian,dalam kita bersahabat, kita perlu menjaga adab-adab nya juga...sebagaimana yg disarankan Islam kpd kita supaya menjaga perhubungan sesama manusia. Tidak ada manusia yang dapat hidup bersendirian. Setiap satu dari kita mengharapkan yang lain. Setiap dari kita tidak boleh lari dari berkawan. Inilah antara hikmah Allah s.w.t menciptakan manusia berbagai bangsa, warna dan bahasa.

aDab mEmbAca aL-QurAn


Seterusnya, jom kita tengok pula adab-adab bila kita membaca al-Quran. Bila kita nak baca al-Quran pun, kita perlu beradab sebab al-Quran adalah kitab Allah S.W.T. yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui malaikat Jibril secara berperingkat dalam Bahasa Arab dan membacanya adalah ibadah. Sebagai umat Islam, kita memang dituntut membaca al-Quran setiap hari. Ganjaran pahala kita baca al-Quran tu, biarlah Dia yang hitung.            

aDab BerpAkaiAn

Apa itu pakaian? Kenapa kita mesti berpakaian? Kerana kita nak menjaga aurat kita. Apa itu aurat? Aurat adalah bahagian anggota tubuh badan yang mengaibkan yang patut ditutup daripada pandangan ajnabi/bukan muhrim. Tetapi kalau kita lihat pada masa kini, umat Islam terutamanya wanita dah macam tak tau nak jaga aurat mereka atau mereka memang tak tau apa itu aurat. Perkara asas sebegini kita dah belajar waktu zaman sekolah rendah lagi, hatta kita belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Persoalannya, kenapa sesetengah mereka yang dah tau pasal aurat ni, tapi tak mengamalkan cara pemakaian yang menutup aurat sebenarnya. Mari kita lihat antara adab-adab pemakaian yang mengikut syariat Islam.

aDab kEtiKa mEngAmbiL wUduK


Kita mengambil wuduk sebelum melakukan ibadat-ibadat wajib mahupun sunat. Adab-adab ketika mengambil wuduk juga haruslah dijaga supaya wuduk kita lebih sempurna dan segala amalan yang kita lakukan diterima Allah s.w.t. InsyaAllah. 
Di antara adab-adab ketika mengambil wuduk adalah:-
1)  Membersih mulut dan gigi seperti berkumur dan bersugi. Ianya amat dituntut dalam Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Kalaulah tidak kerana menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang.”

2)  Bersugi adalah sunat dengan menggunakan kayu sugi atau alat sugi yang boleh membersihkan (berus gigi). Seperti hadis Rasulullah di atas, kita dapat lihat pentingnya bersugi sebelum berwuduk. 
3)  Sesudah itu, ambil wuduk dengan khusyuk tanpa lalai dan leka. Sesetengah ulamak meminta supaya membaca doa di setiap anggota yang dibasuh dan disapu. Ketika mengambil wuduk mulakan membaca: “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Hai Tuhan, aku minta berlindung dengan Engkau dari gangguan syaitan dan aku minta berlindung dengan Engkau, hai Tuhan dari mereka datang kepadaku.”

aDaB beRjiRaN

Takrif jiran membawa maksud orang yang tinggal berdekatan dengan kita sama ada di sebelah, depan,mahupun di belakang rumah kita. Apabila kita tinggal berjiran dengan orang lain, kita seharusnya menanamkan semangat berjiran itu bukanlah sebaliknya. Antara adab-adab berjiran adalah:-

1) Menghormati jiran dan berbuat baik kepada mereka. Biarpun jiran kita itu adalah bukan Islam, kita masih dituntut supaya menjaga perhubungan kita dengan mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. “Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia menghormati tetangganya.” Dan di dalam riwayat lain disebutkan, “Hendaklah ia berbuat baik terhadap tetangganya.” (متفق علية ) 

2) Sekiranya mereka pergi atau meninggalkan rumah mereka, peliharalah harta mereka daripada orang-orang yang berbuat jahat contohnya orang yang nak mencuri, simbah minyak ke atau merompak. Sebab, sekiranya kita tak nak bantu mereka dan berlaku sesuatu kepada rumah mereka, tak kan la kita tak kasihankan mereka. Cuba kita fikir, perjalanan hidup kita ini segalanya di atur oleh Yang Maha Kuasa. Kalau suatu hari nanti kita akan lalui perkara yang sama, tak mustahil mereka pun akan balas apa yang kita dah kita lakukan.

aDab meMbeRi sAlaM

Assalamualaikum w.b.t. Di dalam Islam kita di tuntut supaya memberi salam sesama manusia. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah-rumah yang bukan rumah-rumah kau, melainkan sesudah kamu meminta izin dan kamu memberi salam kepada penghununya.” (Surah An-Nur: 27)

“Apabila kamu memasuki rumah-rumah, maka hendaklah kamu memberi salam sesama kamu, sebagai penghormatan yang berkat, lagi baik di sisi Allah s.w.t.” (Surah An-Nur: 61). Hukum memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang menjawab salam, maka ia akan mendapat pahala. Dan sesiapa yang tidak menjawab maka ia bukan dari golongan kami,” (Ibnu as-Sunni). “Sesungguhnya orang yang paling utama disisi Allah s.w.t. ialah orang yang memulakan salam.” (Abu Daud)
Orang yang memulakan salam, lafaznya: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته , manakala orang yang menjawab salam, lafaznya: وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته .

aDaB ketiKa meNunTut iLmu


Assalamualaikum w.b.t. Di sini saya nak kongsi tentang adab-adab menuntut ilmu yang di petik dari penulisan agung “Ihya’ ‘Ulum al-Din” karangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali. Beliau telah membuat satu garis panduan kepada pelajar tentang adab-adab menuntut ilmu. Dalam penulisannya beliau telah mengenalpasti 10 panduan yang boleh dijadikan asas panduan kepada pelajar. Asas-asas ini amat bermanfaat kepada para pelajar dalam proses menuntut ilmu sama ada di peringkat rendah, menengah atau di pengajian tinggi.

aDab bErSamA gUru

Assalamualaikum w.b.t. Sahabat-sahabat sekalian mesti ada guru kan? Setiap orang yang menuntut ilmu pasti akan ada guru yang mengajarnya. Sudah tentu lah sahabat sekalian adalah di kalangan orang yang sememangnya menuntut ilmu. Alhamdulillah. Tapi, bagaimana pula pergaulan kita dengan guru? Apakah kita sebagai anak muridnya mengikuti garis panduan seorang pelajar yang telah digariskan dalam Islam atau tidak?
Kedudukan guru di sisi Islam amat mulia dan tinggi darjatnya. Barangsiapa yang memuliakan guru bererti dia memuliakan Rasul, barangsiapa yang memuliakan Rasul bererti dia memuliakan Allah dan barangsiapa yang memuliakan Allah, syurgalah tempatnya. Dan jika sebaliknya, nerakalah tempatnya. Kalau kita lihat, peranan seorang guru yang bersungguh-sungguh dalam  mendidik dan memberi pendidikan kepada pelajarnya amatlah bernilai. Sudah pasti, guru memang memberikan yang terbaik buat anak muridnya supaya mereka menjadi orang yang cemerlang malah berguna pada masa akan datang. Oleh sebab itu, kita sebagai seorang pelajar wajiblah menghormati dan menyanyangi guru serta memelihara adab-adab terhadap guru.

aDab sEbeLum tiDuR

Biasanya kita tidur ni selepas kita dah penat melakukan tugasan seharian. Bila kita tidur, kita dapat rehatkan badan dan fikiran kita. Tidur bagi orang Muslim itu juga dikira satu ibadah kalau ianya memenuhi adab-adabnya. Daripada Aisyah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.” ( HR Bukhari & Muslim )

aDab mAkaN

Bila sebut je pasal makan, semua orang suka kan? Sampai kadang-kadang tu, kalau dah dapat makanan, terlupa nak baca doa, Bismillah pun tak. Kalau dah camtu, kita makan dengan syaitan la kan? Mungkin kita terlupa, jadi mari kita ingat-ingatkan kembali apa yang patut kita buat time makan.

aDab mEngUap

Selalunya kita menguap time kita rase mengantuk kan. So, jom kita tengok adakah kita ni beradab tak ketika menguap? Antara adab-adab menguap adalah menahan menguap itu sekadar termampu. Jangan pula lebih-lebih sangat sebab kalau kita menguap tu, syaitan sedang mentertawakan kita sebenarnya. Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. a bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah Taala suka orang yang bersin dan benci orang yang menguap."
Seterusnya, bila time menguap tu, letak tangan atas mulut, jangan biar ternganga jek. Sebab syaitan pun tak masuk, orang tengok pun elok. Sesuai dengan riwayat Muslim daripada abu Said Al-Khudri, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)."
Lastly, makruh kalau mengangkat suara ketika menguap. Kalau kita menguap tu, jangan la bagi sampai orang kat sekeliling kita dengar sebab syaitan pun akan tertawakan kita. Sebenarnya, menguap itu memang daripada syaitan.


aDaB kEpaDa iBubApA





Apa maksud beradab kepada ibu bapa? Maksudnya ialah bersopan santun dan berbuat baik kepada ibu bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku. Islam mewajibkan umatnya supaya beradab kepada ibu bapa. Maka, berdosa besar kepada mereka yang menderhakai ibu bapa. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah Luqman:14.
Maksudnya: "Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."

aPa iTu aDab?

Assalamualaikum w.b.t. Perihal adab dalam kehidupan.
Pada pendapat saya, adab membawa maksud perbuatan dan tingkah laku yang baik dan sopan dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. Bukan itu sahaja, kita juga mestilah beradab sesama manusia di muka bumi ini. Kalau kita berbuat baik kat orang lain, orang lain pun pasti akan buat baik kat kita. Kat sini saya nak kongsi dengan anda semua (sapa-sapa jela yang buka blog saya ni) beberapa adab dalam kehidupan seharian kita.