aDab BerpAkaiAn

Apa itu pakaian? Kenapa kita mesti berpakaian? Kerana kita nak menjaga aurat kita. Apa itu aurat? Aurat adalah bahagian anggota tubuh badan yang mengaibkan yang patut ditutup daripada pandangan ajnabi/bukan muhrim. Tetapi kalau kita lihat pada masa kini, umat Islam terutamanya wanita dah macam tak tau nak jaga aurat mereka atau mereka memang tak tau apa itu aurat. Perkara asas sebegini kita dah belajar waktu zaman sekolah rendah lagi, hatta kita belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Persoalannya, kenapa sesetengah mereka yang dah tau pasal aurat ni, tapi tak mengamalkan cara pemakaian yang menutup aurat sebenarnya. Mari kita lihat antara adab-adab pemakaian yang mengikut syariat Islam.

1) Pemakaian lelaki tidak boleh menyerupai pemakaian wanita dan juga sebaliknya.
2) Sebaik-baik pemakaian adalah yang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. lelaki diharamkan memakai sutera, emas seperti rantai dan cincin.
3) Pakaian yang kita pakai bukanlah dari sumber yang haram
4) Wanita disuruh memakai pakaian yang longgar dan tidak menampakkan tubuh badan.
5) Mereka juga dituntut memakai baju yang tebal, tidak jarang dan tidak menampakkan warna kulit anggota badan.
6) Islam amat sukakan kebersihan. Pakaian yang kita pakai hendaklah bersih dan kemas.
7) Kita di sunatkan memakai wangi-wangian. Namun, bagi wanita, mereka disunatkan memakai wangian ketika bersama suaminya atau muhrimnya sahaja.
8) Bagi lelaki, mereka tidak dibenarkan melabuhkan pakaiannya sehingga menutup dua buku lalinya. Ertinya mereka tidak boleh menyapu jalan.
9) Bagi wanita pula, mereka hendaklah melabuhkan tudung mereka hingga menutup dadanya.

    0 comments:

    Post a Comment