aDab meMbeRi sAlaM

Assalamualaikum w.b.t. Di dalam Islam kita di tuntut supaya memberi salam sesama manusia. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah-rumah yang bukan rumah-rumah kau, melainkan sesudah kamu meminta izin dan kamu memberi salam kepada penghununya.” (Surah An-Nur: 27)

“Apabila kamu memasuki rumah-rumah, maka hendaklah kamu memberi salam sesama kamu, sebagai penghormatan yang berkat, lagi baik di sisi Allah s.w.t.” (Surah An-Nur: 61). Hukum memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang menjawab salam, maka ia akan mendapat pahala. Dan sesiapa yang tidak menjawab maka ia bukan dari golongan kami,” (Ibnu as-Sunni). “Sesungguhnya orang yang paling utama disisi Allah s.w.t. ialah orang yang memulakan salam.” (Abu Daud)
Orang yang memulakan salam, lafaznya: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته , manakala orang yang menjawab salam, lafaznya: وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته .


Adab-adab memberi salam antaranya:
1) Orang yang berkenderaan sepatutnya memberi salam salam kepada orang yang berjalan kaki.
Orang yang berjalan kaki patut memberi salam kepada orang yang sedang duduk. Manakala kumpulan yang sedikit perlu memberi salam kepada kumpulan yang banyak. 

2) Orang yang muda patut memberi salam kepada orang tua. 

3) Umat Islam dilarang sama sekali meniru salam golongan bukan Islam.
Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Bukan dari golongan kami sesiapa yang meniru orang yang bukan golongan kami. Jangan kamu meniru kaum Yahudi dan Nasrani, kerana cara salam kaum Yahudi itu mengisyaratkan dengan jari-jemari, dan cara salam kaum Nasrani pula dengan mengunjuk tapak tangan.” (riwayat Tarmidzi dari Amru bin Syu’aib)

4) Ada sesetengah orang bukan Islam bagi salam pada kita. Caranya berbeza dengan cara menjawab salam orang Islam. Caranya adalah seperti sabda Rasulullah s.a.w. : “Apabila kaum ahli kitab memberi salam kepada kamu maka katakana kepadanya: Wa alaikum. (riwayat Bukhari dan Muslim)
“Jangan memulakan memberi salam kepada kaum Yahudi dan Nasrani.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

5) Kita disunatkan supaya memberi salam ketika masuk ke suatu majlis dan ketika meninggalkannya. Hadis menyebutkan: “Apabila salah seorang kamu sampai di suatu majlis hendaklah memberikan salam. Dan apabila hendak keluar, hendaklah memberikan salam, dan tidaklah yang pertama lebih berhak daripda yang kedua. (Hadis Riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh Al-Albani)

6) Kita juga disunatkan memberi salam ketika memasuki ke rumah kosong, Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan apabila kamu akan masuk ke suuatu rumah, maka ucapkanlah salam atas diri kalian”: (An-Nur:61)

7) Disunatkan juga supaya kita berjabat tangan dengan orang yang kita beri salam. Tetapi sesama muhrim la. Hadis Rasulullah mengatakan: “Tiada dua orang muslim yang saling berjumpa lalu berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelim mereka berpisah.: (Hadis Riwayat Abu Daud disahihkan oleh Al-Albani)

    1 comments:

  1. Good.

  2. Post a Comment