aDab beRkaWaN

Assalamualaikum w.b.t..hai sahabat2 skalian,dalam kita bersahabat, kita perlu menjaga adab-adab nya juga...sebagaimana yg disarankan Islam kpd kita supaya menjaga perhubungan sesama manusia. Tidak ada manusia yang dapat hidup bersendirian. Setiap satu dari kita mengharapkan yang lain. Setiap dari kita tidak boleh lari dari berkawan. Inilah antara hikmah Allah s.w.t menciptakan manusia berbagai bangsa, warna dan bahasa.


Allah s.w.t berfirman didalam surah Al-Hujurat, ayat 13:
يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan seseorang sebagai sahabat.

Allah s.w.t berfirman didalam surah Al-Kahfi, ayat 29:
وَلاَ تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا Ertinya: Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami lalaikan hatinya daripada mengingati Kami, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran..

Inilah jenis orang yang mana kita dilarang untuk mengambilnya sebagai sahabat. Orang yang lali hatinya dari mengingati Allah. Orang yang lebih cenderung kepada melakukan maksiat dari amal soleh. Sebaliknya Allah s.w.t menyuruh kita agar mengambil orang-orang yang sukat beramal soleh dan selalu bertaubat kepada Allah sebagai sahabat kita.

Antara perkara pertama yang perlu kita fahami adalah jenis orang yang kita harus ambil sebagai kawan atau sahabat. Rasulullah s.a.w bersabda:
اَلْمَرْءُ عَلَى دِيْنِ خَلِيْلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ
“Seseorang adalah atas agama rakannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhatikan siapakan yang harus dipilih menjadi rakan.”

Inilah kaedah orang Islam dalam bersahabat. Rasulullah mendidik kita agar memilih sahabat yang dapat mendorong kita menambah kebajikan dan amal soleh. Kerana setiap dari kita akan terkesan dengan sifat, ugama dan kelakukan kawannya. Kawan yang sopan, kawan yang mempunyai budi pekerti yang tinggi akan mendorong kita untuk mempunyai sifat mulia sepertinya. Akan tetapi jika kita mengambil seseorang sebagai sahabat yang mana sifatnya adalah cenderung kepada melakukan maksiat dan keburukan, lama-kelamaan kita juga akan terdorong untuk melakukan maksiat itu.

    4 comments:

  1. kawan kita akan menunjukkan siapa sebenarnya diri kita

  2. btul2..berwaspada lah ketika memilih kwan....kwan yg lurus membawa kita ke arah yg lurus,begitulah sebaliknya..

  3. btol2

  4. btol 2....

  5. Post a Comment