aDab mendiRikAn sOlat

Assalamualaikum sahabat sekalian...solat wajib ke atas umat Islam..kita mendirikan solat supaya mendapat keberkatan dan pahala dri Allah s.w.t...barangsiapa yg meninggalkan solat,akan mendapat azab dariNya...nauzubillah.oleh itu mari kta sama-sama mendirikan solat dengan sempurna supaya segala amalan kita lebih diredhai oleh Nya..amiin..


Antara adab-adab mendirikan solat adalah:-
1. Hendaklah bersikap merendah diri kepada Allah. 
2. Menyedari ketika hendak solat, iaitu dengan siapa kita sedang berhadapan.(Allah s.w.t)
3. Sentiasa melahirkan rasa takut kepada Allah (kerana dia sentiasa memerhatikan kita) 
4. Hadirkan hati di dalam solat (faham segala ucapan dan mengetahui hikmah segala pergerakan)
5. Bersolat di dalam keadaan tenang 
6. Tetap segala anggota, kepala, dua kaki dan tangan. (kerana anggota ini jika tidak dikawal mudah bergerak)
Rasulullah s.a.w: "Perpisahan antara seorang lelaki dengan syirik dan kufur itu ialah sembahyang.
7. Meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri dengan sempurna (seperti mayat yang hendak dikebumikan) 
8. Memikirkan segala ucapan dan isi bacaan Al Quran 
9. Bertakbir dengan penuh rasa kebesaran dan kehebatan Allah 
10.Rukuk dengan merendahkan diri dan merasa hina diri seperti binatang ternak yang sama kedudukan punggung dengan kepalanya.
11.Sujud dengan perasaan yang khusyuk dan menghina diri kepada Allah kerana kedudukan punggung lebih tinggi daripada kepala.
12.Bertasbih dengan merasakan kehebatan Allah 
13.Bertasyahud dengan memahami bacaan dan membuat pengakuan kepada Allah. 
14.Memberi salam dengan perasaan memerlukan keselamatan dan kesejahteraan dari Allah. Berpaling dari sembayang dengan rasa takut dan berusaha menuntut keredhaan Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Tiadalah seorang islam itu yang menghadapai kedatangan waktu solat lalu dia mengambil wudhu dengan sempurna dan bersembahyang dengan khusyuk dan baik rukuknya melainkan sembahyang itu akan menghapus dosa-dosanya sebelum ini selama dia tidak melakukan dosa besar. Yang demikian (penghapusan itu) adalah berlaku sepanjang tahun." (HR Muslim) 

    2 comments:

  1. thkz 4 d info..=)

  2. jangan tinggal solat...sentiasa khusyuk mudah2an kita beroleh rahmatNya.

  3. Post a Comment