aDab bErSamA gUru

Assalamualaikum w.b.t. Sahabat-sahabat sekalian mesti ada guru kan? Setiap orang yang menuntut ilmu pasti akan ada guru yang mengajarnya. Sudah tentu lah sahabat sekalian adalah di kalangan orang yang sememangnya menuntut ilmu. Alhamdulillah. Tapi, bagaimana pula pergaulan kita dengan guru? Apakah kita sebagai anak muridnya mengikuti garis panduan seorang pelajar yang telah digariskan dalam Islam atau tidak?
Kedudukan guru di sisi Islam amat mulia dan tinggi darjatnya. Barangsiapa yang memuliakan guru bererti dia memuliakan Rasul, barangsiapa yang memuliakan Rasul bererti dia memuliakan Allah dan barangsiapa yang memuliakan Allah, syurgalah tempatnya. Dan jika sebaliknya, nerakalah tempatnya. Kalau kita lihat, peranan seorang guru yang bersungguh-sungguh dalam  mendidik dan memberi pendidikan kepada pelajarnya amatlah bernilai. Sudah pasti, guru memang memberikan yang terbaik buat anak muridnya supaya mereka menjadi orang yang cemerlang malah berguna pada masa akan datang. Oleh sebab itu, kita sebagai seorang pelajar wajiblah menghormati dan menyanyangi guru serta memelihara adab-adab terhadap guru.
Antara adab-adab yang memang patut kita patuhi ketika bersama guru adalah:-
1)    Memberi salam dan sentiasa menghormatinya. Di sekolah, kita akan selalu jumpa guru, begitu juga bila kita berada di luar, contohnya di pasar malam dan di pasaraya. Apabila terjumpa mereka, berilah salam, senyuman dan berjabat tangan sekiranya guru tersebut sama jantina dengan kita. Jangan la pula berlainan jantina ye, nanti dosa pula yang kita dapat.

2)    Duduk dalam keadaan sopan dan tenang. Apabila berada di dalam kelas mahupun di dalam biliknya, be polite. Janganlah buat macam kelas tue takde ketuanya. Duduk la dengan sopan dan tenang supaya mata yang menengok pun tenang je. Jika guru sedang mengajar atau menerangkan Sesuatu ilmu, listen carefully. Apa yang keluar dari mulut guru tu (ilmu yang bermanfaat dan berkaitan), boleh kita ambil sebagai ilmu baru bagi kita.

3)    Minta izin jika hendak bertanya. Time kita belajar, pasti ade perkara yang kita nak tanyakan kepada guru, kan? Kita nak dapatkan apa yang tak sahih, di sahihkan dan apa yang samar, dijelaskan. So, seelok-eloknya sebelum kita bertanyakan sesuatu tu, mintalah izin dulu kepadanya. Ini supaya memberi ruang kepada guru tersebut untuk menjawab pertanyaan kita yang mungkin berjela-jela. Dan juga carilah masa yang sesuai untuk kita bertanya supaya kita tak mengganggu masa rehat guru tersebut, misalnya.

4)    Memberi bantuan kepada guru. Sikap ringan tulang memang disukai orang. Bukan saja kepada ibubapa, rakan-rakan saja kita patut tolong, guru pun kita mesti berikan pertolongan kepadanya jika dia berada dalam kesusahan. Tolongla guru dengan ikhlas, pasti kita akan dapat balasan yang baik. Contohnya, kita sedang berjalan nak ke kelas, lepas tue kita terserempak dengan guru kelas kita yang bawak banyak buku ditangannya. Lepastu kita jalan straight je. Patutkah macam tue? Memang tak patut kan! Jadi apa salahanya tolong dia bawak separuh @ semua buku di tangannya tu.

5)    Hindari daripada menyinggung perasaan guru. Let say, guru kita tu adalah seorang guru praktikal yang muda dari kita. Walaupun die muda dari kita, jangan la kita berlagak besar pula ye. Dia sedang mengajar kat depan, kita kat belakang main-main atau bercakap dengan kawan kita. Kalau la guru tu jenis yang sensitif, mesti lepas tu terus keluar kelas. Ha!! Nampak tak? Kita dah sakiti hati die. Kan sepatutnya kita jaga hati die bukan sebaliknya tau. Sebaiknya, minta maaf dan berjanji dengannya bahawa takkan ulangi lagi kesalahan macam tu.

6)    Jangan mengumpat guru. Allah amat murka akan orang yang mengumpat. Tentu sahabat-sahabat tahu balasan orang yang mengumpat kan? Ianya seperti memakan daging saudara kita sendiri. Nauzubillah. Jadi, janganla kita mengumpat guru, ibubapa, kawan-kawan dan masyarakat sekeliling. Tak baik!!

7)    Tidak meninggikan suara ketika bercakap dengan guru. Sepatutnya, ketika bercakap dengannya, gunalah bahasa yang baik dan enak di dengar. Guru pun selesa hendak bermuhadasah dengan kita. Kalau kita cakap tengking-tengking, sapa yang nak dengar cakap kita. Sesetengah dari sahabat-sahabat kan ada yang belajar komunikasi. So, semestinya boleh berkomunikasi dengan baik la.    

    2 comments:

  1. salam, ecah. Entry yang elok untuk dijadikan panduan bersama.

  2. salam'alaik...Alhamdulillah...moga kita sama-sama ikuti adab2 ni...

  3. Post a Comment