aDab sEbeLum tiDuR

Biasanya kita tidur ni selepas kita dah penat melakukan tugasan seharian. Bila kita tidur, kita dapat rehatkan badan dan fikiran kita. Tidur bagi orang Muslim itu juga dikira satu ibadah kalau ianya memenuhi adab-adabnya. Daripada Aisyah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.” ( HR Bukhari & Muslim )
Antara adab-adab sebelum kita tidur adalah:
1) Membaca doa tidur. Baca doa ni memang dah jadi amalan kita dari kecil sampai besar kan? So, thank you so much la kepada ibubapa kita. Kalau kita ingat, waktu kecil dulu, ibubapa kita selalu bacakan and sekaligus mengajar kita baca doa sebelum tidur. Bacaan doa tidur adalah:”باسمك اللهم أحيا وأموت  (Dengan menyebut nama Allah aku hidup dan mati). Selepas itu, tadah tapak tangan, baca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. 
2) Tidur dalam keadaan suci. Maksudnya, sebelum nak tidur, ambil wudhu dahulu. Fadhilatnya, InsyaAllah tidur kita jauh daripada gangguan syaitan dan iblis yang dilaknat. 
3) Tidur dalam keadaan berbaring pada bahagian rusuk tubuh sebelah kanan dan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan. Dalam hadis Abu Daud disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tidur, baginda meletakkan tangan kanan di bawah pipinya. 
4) Keadaan perut tidak terlalu kenyang. Time kita ambil dinner, pastikan perut kita tak terlampau kenyang. Bila dah kenyang, cepat mengantuk. Jadi, berkemungkinan kita agak sukar nak bangun untuk solat pula. 
5) Mengingati kesilapan. Selepas berwudhu, cuba kita renung dan ingat kembali salah silap kita yang kita dah buat seharian. Sekiranya kita melakukan perkara-perkara yang baik, kekalkan perbuatan tersebut dan perbanyakkan lagi dalam membuat kebaikan. Jika sebaliknya, tanamkan azam untuk kita hindari dan mohonlah kepada Allah s.w.t. supaya mengampunkan dosa-dosa kita serta terhindar daripada melakukan keburukan dan kejahatan. Begitu juga, kita memaafkan segala kesalahan orang lain terhadap kita dan kita juga mohon agar kesalahan kita terhadap mereka dimaafkan juga.    

    2 comments:

  1. owh..sgt mengantuk hari ini..
    cik wiwi..
    tidur dulu..
    eh, nk bace doa tido jap..

  2. bgus2...eh,kaka2 ari2 ngantuk kan?hehe...

  3. Post a Comment