aDab mEmbAca aL-QurAn


Seterusnya, jom kita tengok pula adab-adab bila kita membaca al-Quran. Bila kita nak baca al-Quran pun, kita perlu beradab sebab al-Quran adalah kitab Allah S.W.T. yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui malaikat Jibril secara berperingkat dalam Bahasa Arab dan membacanya adalah ibadah. Sebagai umat Islam, kita memang dituntut membaca al-Quran setiap hari. Ganjaran pahala kita baca al-Quran tu, biarlah Dia yang hitung.            


Antara adab-adab membaca al-Quran adalah:
1) Kita disunatkan membaca al-Quran dalam keadaan berwuduk (ada air sembahyang) dan bersih. Al-Quran itu kitab Allah, so janganla kita nak samakan dengan buku-buku pelajaran kita pulak. Al-Quran tu tinggi darjatnya.

2) Bila kita dalam keadaan bersih, jadi tempat kita nak baca al-Quran tu pun mestila kena bersih jgak. Contohnya, di rumah, surau dan masjid. Kalau kita baca kat tempat yang bersih, kita pun selesa nak membacanya kan...Lepas tu, baju yang kita pakai tu, mestila yang menutup aurat, selesa dan bersih.
3) Seelok-eloknya, time kita nak ambil al-Quran tu, ambilla dengan tangan kanan. Time nak baca pula, peganglah al-Quran tu dengan kedua belah tangan. Sesudah tu, kita disunatkan juga menghadap kiblat.

4) Sebelum baca al-Quran juga kita disunatkan baca ta'awwudz iaitu: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم (maksudnya: Aku berlindung denganMu Ya Allah dari syaitan yang direjam),selepas tu baru la baca بسم الله الرحمن الرحيم (maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

5) Kita juga disunatkan membaca al-Quran dengan tartil iaitu secara perlahan-lahan dan tenang. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Muzammil:4 yang bermaksud: "....Dan bacalah al_quran itu dengan tartil." Bila baca al-Quran itu dengan tartil, hati kita rasa tenang, khusyuk dan melahirkan rasa hormat kita kepada ayat-ayat suci itu.
      

    3 comments:

  1. info yg amat berguna kpd stp umat islam..termasuk kpd sy :)

  2. its good...

  3. Syukran a'la ilmu🤍

  4. Post a Comment